| View previous topic :: View next topic |
| Author |
Message |
zinedine
Joined: 30 Aug 2006 Posts: 35
|
|
| Back to top |
|
 |
zinedine
Joined: 30 Aug 2006 Posts: 35
|
Posted: Tue Feb 06, 2007 11:45 am Post subject: |
|
|
Maklumat tambahan:
Dulu Bumiputera Commerce Bank (BCB) ada sistem perbankan & kewangan Islamnya sendiri iaitu Commerce Tijari http://www.commerce-tijari.com
Sekarang, Commerce Tijari telah digabungkan ke dlm CIMB Islamic http://www.cimbislamic.com/index.php?ch=islam_cons_pers&tpt=islamic
Maknanya, cuma ada 19 bank saja yg ada menjalankan sistem perbankan & kewangan Islam di Malaysia buat masa ini. Dengar-dengar cerita, Qatar Finance pun nak masuk Malaysia jugak. |
|
| Back to top |
|
 |
iplanner

Joined: 06 Feb 2007 Posts: 38
|
Posted: Tue Feb 06, 2007 2:59 pm Post subject: |
|
|
| zinedine wrote: | | cuma ada 19 bank saja yg ada menjalankan sistem perbankan & kewangan Islam di Malaysia... |
lebih sesuai lagi kalau disebut "dah ada 19 bank dah yg menjalankan sistem perbankan & kewangan Islam di Malaysia.."
so..bila lagi nak beralih ke perbankan Islam..yg masih menyimpan dlm bank konvensional tu.  |
|
| Back to top |
|
 |
naji Senior Member
Joined: 02 Dec 2006 Posts: 97
|
Posted: Tue Feb 06, 2007 4:31 pm Post subject: |
|
|
salam
| zinedine wrote: | | Dengar-dengar cerita, Qatar Finance pun nak masuk Malaysia jugak. |
Qatar Islamic Bank. kesian..sdr zinedine ..kita sini dah lama cerita..
dah masuk dah pun, dibawah nama Asian Finance Bank Ltd. ada sorang ustaz yg slalu menjadi rujukan kebanyakan kita pun sedang bertugas di sana. nak tau sapa dia?? ----> UZAR ler.. ehe
sat lagi masukla dlm list tu..inshaAllah..
wslm |
|
| Back to top |
|
 |
ummu_naufal
Joined: 07 Feb 2007 Posts: 9
|
Posted: Wed Feb 07, 2007 10:02 am Post subject: |
|
|
assalamualaikum..
tumpang tanya...sekiranya kita berurusan dengan bank-bank yang disenaraikan tu..maknanya segala produk/perkhidmatan yang diberikan confirm halal ke? contohnya urusan "loan", kad kredit,pembiayaan kereta dll tu dibolehkan ke?ataupun masih perlu dikaji untuk pastikan halal @ haramnya? |
|
| Back to top |
|
 |
naji Senior Member
Joined: 02 Dec 2006 Posts: 97
|
|
| Back to top |
|
 |
zinedine
Joined: 30 Aug 2006 Posts: 35
|
Posted: Wed Feb 07, 2007 6:02 pm Post subject: |
|
|
| naji wrote: | salam
| zinedine wrote: | | Dengar-dengar cerita, Qatar Finance pun nak masuk Malaysia jugak. |
Qatar Islamic Bank. kesian..sdr zinedine ..kita sini dah lama cerita..
dah masuk dah pun, dibawah nama Asian Finance Bank Ltd. |
Ye ke bro naji? memang sy tgh confius la. Sejak Malaysia dah mula perbanyakkan perbankan & kewangan Islam ni, bnyk bank Islam dari luar yg nak masuk sini. Sampai tak teringat apa nama bank tu. Macam2 nama sekarang.
Kalau gitu, tambah lagi lah senarai yg ke-20 Asian Finance Bank Ltd. Skrg dah ada 20 bank & sykt kewangan Islam di Malaysia. Pilih bang yg mana satu abang suka. Jgn malu2 jgn segan2..pilih pilih...
| iplanner wrote: | lebih sesuai lagi kalau disebut "dah ada 19 bank dah yg menjalankan sistem perbankan & kewangan Islam di Malaysia.."
|
Begitulah maksud saya, struktur ayat saya tu tak kena
*Bro UZAR dah keje kat situ pulak? sblm ni kan kat RHB Islamic Bank. |
|
| Back to top |
|
 |
shahmuzir Senior Member
Joined: 18 Sep 2006 Posts: 53
|
Posted: Wed Feb 07, 2007 6:26 pm Post subject: |
|
|
| ummu_naufal wrote: | assalamualaikum..
tumpang tanya...sekiranya kita berurusan dengan bank-bank yang disenaraikan tu..maknanya segala produk/perkhidmatan yang diberikan confirm halal ke? contohnya urusan "loan", kad kredit,pembiayaan kereta dll tu dibolehkan ke?ataupun masih perlu dikaji untuk pastikan halal @ haramnya? |
wa alaikumus salam...
Sepatutnya begitulah...
Urusan pembiayaannya menurut yang dibenarkan syara' sahaja.
Dalam hal kad 'kredit', sehingga kini cuma BIMB & at-Taslif AmBank sahaja yang syariah-compliant (setahu saya).
Tetapi kita sebagai muslim perlu tetap berjaga2 supaya 'keselesaan' kita tak diambil peluang oleh pihak yang mahu mengait keuntungan semata.
waAllahu ta'ala a'lam. _________________ "Sesungguhnya solatku dan ibadahku dan hidupku dan matiku, hanya sanya untuk Allah Tuhan Sekalian Alam"
www.takafulonline.net |
|
| Back to top |
|
 |
iplanner

Joined: 06 Feb 2007 Posts: 38
|
Posted: Thu Feb 08, 2007 10:51 am Post subject: |
|
|
ade satu lagi kad kredit islamik iaitu kad 'Al-Aiman' dari BSN. tapi saya lebih prefer kad debit. same je sbb ader yg visa, visa electron dan ade mastercard.
lagi pun kejadian 'fraud' lebih banyak berlaku pd kad kredit. bila kita dh apply & punyai kad kredit, nak batalkan kad sikit punye susah.. yelah bank memang buat keuntungan dari kad kredit, so bukan senang2 diorg nak batalkan..banyak berlaku kes mcm ni. _________________ Discover Islamic financial planning world at www.iplanner.org |
|
| Back to top |
|
 |
zinedine
Joined: 30 Aug 2006 Posts: 35
|
Posted: Thu Feb 08, 2007 12:36 pm Post subject: |
|
|
| iplanner wrote: | | ade satu lagi kad kredit islamik iaitu kad 'Al-Aiman' dari BSN. tapi saya lebih prefer kad debit. |
Ye, sbg langkah berjaga-jaga dlm mengawal perbelanjaan. Saya sendiri pun lebih prefer kad debit. Apapun terpulang kepada diri masing2, kalau jenis tak boros belanja dan nak guna kad kredit, boleh la apply kad kredit. Kalau rasa2 macam boros jer, nak tahan diri dari terboros, baik guna kad debit utk mengawal keborosan. Kalau payah sangat, guna wang tunai jer.. |
|
| Back to top |
|
 |
ummu_naufal
Joined: 07 Feb 2007 Posts: 9
|
Posted: Thu Feb 08, 2007 1:32 pm Post subject: |
|
|
| terima kasih pada semua yang memudahkan saya..sebenarnya saya dah pun menggunakan kad kredit BIMB dan pembiayaan kenderaan pun dari BIMB.masa tu tak smpat nak bt research, so saya rasa dgn gunakan perkhidmatan dari BIMB mungkin lebih selamat berbanding bank2 lain.apapun terima kasih pada semua dan ust zaharuddin kerana membuka web ni utk memudahkan semua urusan tentang soaljawab berkaitan ekonomi islam ni. |
|
| Back to top |
|
 |
UZAR Syeikh Moderator
Joined: 20 Sep 2006 Posts: 164
|
Posted: Mon Feb 12, 2007 11:55 am Post subject: |
|
|
salam,
| Quote: | | Kalau gitu, tambah lagi lah senarai yg ke-20 Asian Finance Bank Ltd. Skrg dah ada 20 bank & sykt kewangan Islam di Malaysia. Pilih bang yg mana satu abang suka. Jgn malu2 jgn segan2..pilih pilih... |
Ye , betul..inilah bank islam yang saya benar-benar kaji dan semak dokumennya line by line. saya juga beri taklimat kpd staff agar tidak tersialp ketika menandatangani dokumen dan tkontrak. i try my best inshaAllah.
Ia halal di jamin oleh Majlis Penaisht Shariah Asian Finance Bank yang dipengerusikan oleh Ulama terkemuka dunia iaitu Syeikh Dr ABd Sattar Abu Ghuddah, Syeikh Waleed Mohd Hadi dari Qatar, Dato' Dr Abdullah Abu Bakar dan saya sbgi Setiausaha dan Pemantau Shariah dalam operasi harian. |
|
| Back to top |
|
 |
iplanner

Joined: 06 Feb 2007 Posts: 38
|
Posted: Thu Feb 22, 2007 11:33 am Post subject: |
|
|
ustz Zaharuddin, Asian Finance Bank ni bank yg hny memberikan khidmat financing shj ke? sy buka web dia x siap2 lagi _________________ Discover Islamic financial planning world at www.iplanner.org |
|
| Back to top |
|
 |
azman_sa
Joined: 02 Mar 2007 Posts: 2
|
Posted: Sat Mar 03, 2007 10:10 am Post subject: |
|
|
Boleh beri penjelasan apa itu Mudharabah utk pelaburan.
Saya budak baru belajar. Harap ada yang ajar. Insyaallah. |
|
| Back to top |
|
 |
naji Senior Member
Joined: 02 Dec 2006 Posts: 97
|
Posted: Sat Mar 03, 2007 3:06 pm Post subject: |
|
|
salam
disertakan petikan drp artikel2 UZAR yg ada menyentuh ttg Mudharabah:
| Quote: | b) Akaun Simpanan atas asas Mudarabah (perkongsian untung):
Satu lagi produk di dalam pengamalan kewangan Islam di Bank-bank Islam adalah simpanan yang menggunakan konsep Mudharabah. Ia bermaksud pihak pelanggan ingin menyimpan wangnya sambil membuat pelaburan secara khusus. Nama produk-produk untuk akaun ini seperti “ Akaun Pelaburan Umum Mudarabah” atau “Akaun Pelaburan Istimewa Mudarabah” atau “ Akaun Semasa Mudarabah”.
Menurut konsep ini pelanggan bersedia menerima risiko lebih bagi membuka ruangnya bagi mendapat peratusan keuntungan yang lebih besar sekiranya pihak Bank berjaya melaburkan wang dengan pulangan lumayan. Kadar peratusan akan di tetapkan di peringkat awal seperti 70 % untuk pelanggan dan 30 % bank, 80/20, 60/40 dan sebagainya.
Satu perkara yang juga amat penting dalam akaun Islam ini adalah, deposit yang terkumpul hanya akan dilaburkan untuk membiayai syarikat-syarikat yang telah di tapis secara Shariah oleh pengurusan bank dan majlis Penasihat Shariah Bank. Justeru semua “Shariah-Approved companies” ini telah di pastikan dengan teliti ketepatannya dari sudut Shariah, justeru semua keuntungan yang bakal di perolehi adalah harta yang bersih.
RHB Islamic Bank Berhad sebagai contoh, cukup tegas dalam memastikan semua simpanan yang diperolehi akan digunakan dan dilaburkan ke dalam urusniaga atau syarikat yang benar-benar selamat menurut Shariah.
Urusan tapisan dibuat secara terperinci, dan perlaksanaannya dibuat dalam suasana “client-friendly”, iaitu dengan perbincangan yang cukup telus atau “transparent” dengan “client”. Ia mungkin akan membuat penilaian dari sudut “asset” mahupun “lialibilities” sesebuah syarikat, tanpa mengira ianya adalah sebuah syarikat yang tersenarai di Bursa Saham atau tidak. Secara umum penapisan “filter” Shariah berikut biasanya digunakan antaranya :-
i- Industry filtering (membuang syarikat-syarikat yang perniagaan induknya berkaitan produk-produk haram)
ii- Primary Financial Filters (mengeluarkan syarikat-syarikat yang tahap hutangnya tidak boleh ditoleransi lagi atau mempunyai “impure interest income” berdasarkan panduan Majlis Penasihat Shariah )
Pengamalan akaun di Perbankan konvensional amat berbeza, yang mana ia tidak terikat dengan konsep Shariah, lalu mereka pasti akan menumpukan pelaburan di dalam syarikat yang boleh memberi pulangan besar tanpa meninjau aspek penerimaan Shariah atau tidak.
Selain itu, pembaca mestilah tidak terkeliru dengan kadar peratusan yang di paparkan oleh sesetengah akauan Islam mudarabah di sesetengah Bank Islam. Ia hanyalah kadar pulangan purata menurut prestasi lepas, ia di gelar “indicavtive Rates” atau “kadar andaian dan ramalan” dan bukannya kadar yang tepat dan mesti diberikan oleh bank, ia di paparkan demi mencapai keyakinan pelanggan terhadap prestasi pengurusan dan pelaburan Bank.
Cara kiraannya yang telah dipermudahkan adalah seperti berikut :-
Cara Kiraan :-
Untung Sebenar = Kadar Pulangan (ROR) x Kadar Keuntungan (PSR)
-------------------------------------------------------------------------------- = Keuntungan setahun
100
Katakanlah kadar keuntungan bank adalah 3, justeru “indicative” atau andaiannya seperti berikut :-
3 X 70 (pelanggan) = 2.10
---------------------
100
Maka, jumlah 2.10 % inilah yang akan di paprkan oleh Bank bagi memaparkan prestasi akan datang Bank. Ia hanyalah andaian dan tidak menjadi kewajiban bagi Bank memberikan pulangan dengan kadar di atas.
|
http://www.zaharuddin.net/v1/index.php?option=com_content&task=view&id=122&Itemid=72
| Quote: | Disertakan gambar rajah rukun Mudarabah ( Rujuk Shariah Standard, AAOIFI, hlm 231). Sila buka web http://www.aaoifi.com/ untuk mengethaui kredibiliti Majlis Dunia ini.
Rukun Mudarabah
1. Rabbul Mal
2. Mudarib
3. Raksul Mal (Modal)
4. Sighah
5. Nisbah Pembahagian Keuntungan Dalam Bentuk Ratio atau Peratusan.
6. Perniagaan & Kerja
7. Ijab & Qabul
|
http://www.zaharuddin.net/v1/index.php?option=com_content&task=view&id=293&Itemid=5
dan http://www.zaharuddin.net/v1/index.php?option=com_content&task=view&id=130&Itemid=72 (arabic)
wslm |
|
| Back to top |
|
 |
|